Sunday, 21 January 2018

MENGENALI TANDAN BUAH SAWIT YANG SEDIA DITUAI.

Sering kali kita mendengar rungutan Peladang Sawit apabila Buah Sawit mereka Direject/Ditolak oleh Grader disebabkan menjual Tandan Sawit yang belum masak.
APAKAH CARA MENGETAHUI TANDAN BUAH SAWIT YANG SEDIA DITUAI?

Antara cara bagi mengetahui tandan sawit yang boleh dituai adalah seperti berikut :
1. Tandan Masak mempunyai sekurang2nya 10 Soket segar buah yang relai.
2. Tandan Masak berwarna Oren kemerah-merahan & buah lapisan luarnya berwarna oren.
3. Lebih 50% Buah Sawit masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan.
4. Tandan Sawit @ Relai Sawit mestilah dihantar ke kilang dalam masa tempoh 24 Jam selepas dituai dari Ladang.


Buah Sawit yang tidak masak akan diklarifikasikan sebagai Tandan Tidak Bermutu & Penalti mungkin akan dikenakan keatas Peladang itu sendiri.

Mesti ada yang pernah mengalami pengalaman seperti diatas, malahan ada Peladang yang menuai Tandan Sawit yang belum masak dan memeram Tandan Sawit selama Satu @ Dua hari dan seterusnya dihantar ke Kilang untuk dijual.

Sunday, 14 January 2018

Apa khabar pekebun sawit semua? Diharap ceria ceria selalu :-)

Saturday, 13 January 2018

4 PENYAKIT SERIUS YANG TIDAK DIKETAHUI PEKEBUN SAWIT ‼️‼️‼️
.
.
1) Penyakit Jembala
Simpton
➡️ Terdapat pelepah dan daun menjadi patah di bahagian tengah yang mengakibatkan berbau busuk
.
2) Penyakit Reput Pucuk
Simpton
➡️ Bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang
.
3) Reput Batang Bahagian Atas
Simpton
➡️ Terdapat tompok kuning pada daun
.
4) Penyakit Reput Pangkal Batang
Simpton
➡️ Ibu kulat tumbuh dan berubah menjadi perang berkilat. Bersifat parasit dan akan berjangkit pada pokok lain. Harus dicegah awal